Assalamualaikum.
Dah beberapa kali aku mohon pada DIA,akhirnya DIA telah beri petunjuk. Dan buka minda dan hati aku untuk buat keputusan terakhir. Bagi aku,inilah keputusan yang sangat berat untuk aku tentu kan. Sebab semua ni akan jadi penentu masa depan aku. Selama ni tak senang duduk aku memikirkannya. Berat sangat keputusan kena buat. Tanya orangorang sekeliling,mereka kata,pergilah. Hati kata pergilah. Tapi,bila difikirfikir dan tanya dengan hati sedalamdalam nya lah kan,akhirnya aku kata TIDAK. Alahai,kenapa mesti macam ni.
Hmm,surat dah pun sampai dekat rumah. Tapi nasib baik aku jugak yang ambil surat tu dulu,kalau orang lain? Mampuihh den. Nampak pulak lambang tu. Dah tahu,surat kelayakan masuk Teknik kan? Tak ada benda lain dah. Hmm. Surat dia menakutkan aku. Baca lah bahagian atas. Pergi bawah pula, "Dimaklumkan bahawa permohonan anda telah berjaya dan petempatan anda adalah seperti berikut :
Nama: Nazlin Adlina bt Shahbuddin
No. Kad Pengenalan: 960423-14-****
Nama Sekolah : Teknik Tuanku Jaafar,Seremban.
Kursus: Kejuruteraan Awam+Lukisan Kejuruteraan
Tarikh Lapor Diri: 11 Januari 2012 Masa: 800 pagi
Tawaran ini adalah: Dengan asrama.
Dan dia sertakan sekali barangbarang yang perlu dibawa. Dan akhir sekali,dia cakap,tawaran ini adalah muktamad. Ya Allah. Masa tu aku rasa gembira sangat sebab kursus yang aku dapat memang diidam kan. Tapi... Aku taknak pergi. Aku tetap taknak pergi. Bukannya apa. Aku dah pun senaraikan kebaikan dan keburukan yang aku akan dapat kalau aku pergi sana. Hmm,siapa yang taknak pergi kan? Teknik nombor 3 dekat Malaysia. Sayang kalau aku tak pergi. Hmm,macam mana ni? Hari Rabu dah nak kena lapor diri. Hmm. Maaf,aku dah buat keputusan. Aku tak akan jejakkan kaki ke Teknik Tuanku Jaafar. Aku akan buat yang terbaik disini :D Jangan risau. Tak apalah,ramai lagi kan boleh masuk teknik tu?
Ehemehem. Tengok date atas tu. Maafmaaf. Itu tarikh untuk kami. Aicehh. Selamat ulang tahun. I sayang you. I L-O-V-E you lah. Terima kasih buat hadiah semalam :D Saya hargai pemberian awak.
NazlinAdlina.